PRN Melaka: BN mahu pertahan lima kerusi DUN di Masjid Tanah
MASJID TANAH – Barisan Nasional (BN) berhasrat mempertahankan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Masjid Tanah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan datang.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, keyakinan itu bersandarkan rekod pembangunan serta pelaksanaan pelbagai projek yang memberi manfaat kepada rakyat di kawasan berkenaan.
“Antara projek utama yang menjadi tumpuan ialah pelaksanaan projek tebatan banjir bernilai kira-kira RM430 juta dan pelebaran jalan yang menelan belanja RM36 juta katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN bagi Parlimen Masjid Tanah, di sini, malam tadi.
Ab Rauf berkata, pembangunan sektor pendidikan dan pelancongan turut menjadi antara asas kepada usaha BN mendapatkan mandat semula daripada rakyat pada PRN kali ini.
“Pelbagai inisiatif pembangunan yang dilaksanakan itu mencerminkan usaha kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus diberikan perhatian,” katanya lagi.
PRN Melaka dijadualkan berlangsung pada 14 November depan, manakala penamaan calon ditetapkan pada 31 Oktober ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







