BN Melaka beri bayangan calon PRN dibarisi muka lama, baharu
MELAKA – Barisan Nasional (BN) Melaka memberi bayangan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang akan dibarisi muka lama dan baharu.
Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, langkah itu bagi memberi peluang kepada generasi baharu untuk belajar selok-belok pentadbiran kerana mereka bakal mewarisinya pada masa hadapan, lapor BERNAMA.
“Zaman saya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri ini, saya membawa lebih 86 peratus muka baharu (semasa PRN Melaka lepas).
“Kami kena adillah pada generasi masa depan. Kami kena membina bersama-sama negeri ini supaya ia menjadi warisan kepada kepimpinan pada masa depan,” katanya selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Kompleks Seri Negeri, di sini hari ini.
Penggal kelima DUN Melaka dijadualkan tamat pada Disember ini, sekali gus bakal membuka laluan kepada PRN pada tahun ini.
Ab Rauf ketika mengulas mengenai sasaran PAS untuk bertanding di 16 daripada 28 kerusi DUN pada PRN Melaka kali ini berkata, ia adalah hak parti berkenaan.
“(PRN Melaka) ini pentas terbuka. UMNO (dan BN) akan kekal bertanding di kerusi yang telah kami menang sebelum ini,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








