POLITIK

PRU16: AMANAH Kedah ambil maklum pendirian BN cenderung bertanding solo

CYBERJAYA – Parti Amanah Negara (AMANAH) Kedah mengambil maklum pendirian UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang cenderung bertanding solo pada PRU 16 akan datang.

Pengerusi AMANAH Kedah, Asmirul Anuar Aris berkata, pihaknya sedia bertanding secara tersusun dan strategik di samping menghormati pendirian parti-parti lain dalam menentukan langkah masing-masing.

“Fokus utama AMANAH Kedah tertumpu kepada mengenalpasti kerusi sasaran, dokongan keputusan peringkat nasional serta pengukuhan jentera pilihan raya di semua peringkat.

“AMANAH menegaskan kesediaan bertanding secara tersusun dan strategik, di samping menghormati pendirian parti-parti lain dalam menentukan langkah masing-masing,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam kenyataan media yang disertakan dalam hantaran tersebut, Asmirul berkata, AMANAH Kedah melalui Biro Politik dan Ketua Bahagian telah sepakat mengenal pasti kawasan DUN (Dewan Undangan Negeri) dan Parlimen yang akan ditandingi pada PRU16 nanti.

“Antara kerusi DUN disasarkan adalah Kuah, Langkawi, Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu dan Bandar Bahru, Kulim/Bandar Bahru dan beberpa kerusi lain.

“Selain itu, AMANAH Kedah turut menyokong cadangan Biro Pilihanraya AMANAH Nasional untuk bertanding di kerusi Parlimen Pokok Sena dan Jerai dan akan mencadangkan calon bagi kerusi Parlimen lain juga,” katan kenyataan itu hari ini.

Parti itu menyatakan akan terus mengadakan rundingan bersama rakan gabungan dalam PH bagi memastikan tiada pertindihan kerusi.

“AMANAH Kedah menyatakan komitmen akan memberi sokongan padu dan berkerja keras membantu di mana-mana kerusi Parlimen dan DUN yang ditandingi oleh koalisi politiknya iaitu PKR dan DAP pada PRU-16,” kata kenyataan itu lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button