BERITA SEMASAPOLITIK

PRN Sabah: AMANAH bincang kerusi, sasar bertapak kukuh – Mohamad Sabu

BUTTERWORTH – Parti Amanah Negara (AMANAH) sedang giat menjalankan rundingan akhir bagi menentukan kerusi yang akan ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, AMANAH melihat Sabah sebagai negeri penting untuk memperluas pengaruh parti itu dan menjadikan ia bukan sahaja rakan gabungan dalam Pakatan Harapan (PH), tetapi juga sebagai parti yang mampu berdiri sendiri dengan sokongan akar umbi.

PRN Sabah: AMANAH bincang kerusi, sasar bertapak kukuh – Mohamad Sabu

“Kita harap sangat AMANAH dapat ‘beranak’ di Sabah. Itu harapan kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pejabat AMANAH Pulau Pinang dan Kenduri Rakyat di Sungai Dua, malam tadi.

Menurut Mohamad, proses perbincangan bersama parti komponen sedang berjalan dengan baik bagi mengelakkan pertindihan kerusi dan memastikan kemenangan berpihak kepada kerajaan perpaduan.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Nasional AMANAH, Mohd Sani Hamzan, sebelum ini menyatakan parti itu menyasarkan untuk bertanding di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah iaitu Tanjung Aru, Karambunai, Lumadan dan Sulabayan.

PRN Sabah: AMANAH bincang kerusi, sasar bertapak kukuh – Mohamad Sabu

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata, AMANAH turut mempergiat usaha menambah bilangan ahli di seluruh negara bagi memperkukuhkan kedudukan parti menjelang PRU akan datang.

“Sekarang ini kita bergerak di semua negeri. AMANAH sebuah parti kecil yang sedang membesar.

“Dengan pembukaan pejabat baharu, keahlian kita yang kini melebihi 200,000 dijangka terus meningkat,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button