Gempa bumi bermagnitud 6.2 gegar Halmahera, Indonesia
JAKARTA – Satu gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan wilayah Halmahera di Maluku Utara, pagi ini menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ).
Gempa itu dilaporkan berlaku pada waktu pagi di kawasan berkenaan yang terletak dalam Lingkaran Api Pasifik, iaitu antara zon paling aktif di dunia dari segi aktiviti seismik.
Setakat ini, belum ada laporan mengenai kematian, kecederaan atau kerosakan harta benda akibat kejadian berkenaan.
Pihak berkuasa Indonesia dijangka terus memantau keadaan dan menjalankan penilaian di kawasan yang berpotensi terjejas.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa itu berlaku pada koordinat 1.8 darjah utara dan 127.4 darjah timur, kira-kira 116 kilometer utara dari Ternate, Indonesia.
Menurut jabatan itu, gempa bumi berkenaan berlaku pada kedalaman 127 kilometer.
“Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, gegaran dirasai di Semporna selama beberapa saat manakala pelancong di beberapa pulau di Mataking, Bohey Dulang, Bum Bum diarahkan kembali ke darat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








