BERITA SEMASA

Hujan lebat landa empat negeri – MET Malaysia

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat melibatkan empat negeri sehingga pukul 11 pagi ini.

“Antara kawasan yang dijangka terjejas dalam cuaca buruk itu adalah Sik dan Baling di Kedah manakala di Perak hanya Hulu Perak terjejas.

“Hujan turut diramal berterusan berlaku di Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang, Kelantan,” menurut kenyataan MET Malaysia.

Tambah kenyataan itu, cuaca buruk turut dijangka berlaku di Sarawak membabitkan Kuching (Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya) dan Mukah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button