JENAYAH & MAHKAMAH

Akaun dibeku, Najib tidak mampu bayar denda RM50 Juta – Shafee

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini tidak mampu menjelaskan denda RM50 juta yang menjadi antara syarat untuk membolehkannya menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International menerusi tahanan rumah.

Perkara itu dimaklumkan peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang berkata, keadaan kewangan Najib terjejas susulan pembekuan beberapa akaun bank miliknya.

Menurut Shafee, antara akaun yang dibekukan termasuk akaun di Affin Bank yang sebelum ini digunakan Najib untuk menerima gaji sebagai Perdana Menteri dan Ahli Parlimen.

“Akaun bank Najib dibekukan, termasuk akaun Affin Bank yang menurutnya digunakan untuk menerima gaji sebagai Perdana Menteri dan Ahli Parlimen sebelum ini,” katanya pada sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Shafee berkata, Najib berada dalam keadaan serba salah kerana denda berkenaan perlu dibayar, namun beliau tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menjelaskannya.

“Dia serba salah sebab dia sepatutnya bayar, tetapi dia tidak ada duit,” katanya seperti dilaporkan Malaysia Gazette hari ini.

Dalam pada itu, Shafee berkata, pihak pembelaan tidak mengetahui jumlah dana yang telah dikumpulkan menerusi tabung sumbangan yang diusahakan UMNO bagi membantu menjelaskan denda tersebut.

Beliau turut menjelaskan bahawa Najib tidak pernah meminta sumbangan daripada orang awam untuk membayar denda RM50 juta berkenaan.

Selagi denda RM50 juta belum dibayar kepada mahkamah, Najib kekal menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Permohonan penangguhan hukuman berkenaan akan didengar Mahkamah Tinggi pada 14 Oktober ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button