BERITA SEMASALUAR NEGARA

Lelaki minum sabun kerana tak mampu bayar saman

POIPET – Seorang lelaki warganegara Thailand bertindak luar jangkaan apabila meminum sabun pencuci tandas kerana tidak mampu membayar denda 10,000 Baht (sekitar RM1,300) yang dikenakan pihak imigresen.

Menurut kenyataan pihak polis Kemboja, lelaki yang dikenali sebagai Thanawat, berusia sekitar 40-an telah tinggal di Kemboja melebihi tempoh yang dibenarkan selama setahun sebelum cuba pulang ke Thailand.

“Pihak kami telah menguruskan kepulangan lelaki itu ke negaranya dan membawanya ke Hospital Aranyaprathet untuk menerima rawatan kecemasan,” katanya.

Dalam pada itu, petugas keselamatan hospital mengesahkan menerima panggilan kecemasan dan segera digerakkan ke kawasan Jambatan Persahabatan Thai-Kemboja berhampiran Ban Khlong Luek.

“Siasatan awal mendapati Thanawat memiliki dokumen perjalanan yang sah, namun melanggar peraturan imigresen apabila tinggal lebih lama daripada tempoh yang dibenarkan.

“Atas kesalahan tersebut, pegawai imigresen mengenakan saman berjumlah 10,000 Baht,” jelasnya.

Bagaimanapun, denda yang dikenakan mendorong lelaki itu bertindak di luar kawalan apabila menyedari dirinya tidak mampu melunaskan bayaran tersebut.

Setakat ini, pihak hospital masih memantau keadaannya, manakala siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti semua aspek berkaitan insiden terbabit.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button