BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Mungkin ada pegawai tinggi terlibat skandal daftar kahwin -SPRM

SERI ISKANDAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak penglibatan pegawai-pegawai peringkat lebih tinggi dalam kes pendaftaran pasangan berkahwin di Thailand.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan melakukan siasatan terperinci berhubung skandal rasuah susulan penahanan tiga individu termasuk pendaftar perkahwinan di sebuah jabatan di Perlis, Rabu lalu.

“Dalam kes ini tiada keperluan untuk siasat apa sebab mereka bernikah di Thailand tetapi yang lebih penting adalah  siapa yang terlibat atau pasangan yang terlibat apabila balik ke Malaysia,” katanya.

SPRM pada Rabu lalu menahan tiga lelaki berusia antara 20 hingga 50 tahun dipercayai menerima rasuah daripada seorang pemilik syarikat bagi membolehkan pasangan yang bernikah di Thailand mendaftar perkahwinan mereka di jabatan agama negeri.

Suspek dipercayai terlibat dalam sindiket itu sejak dari tahun 2022 sehingga 2023 dan telah menerima wang rasuah berjumlah RM1.18 juta.

Azam berkata, pihaknya akan membekukan akaun milik ketiga-tiga individu berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button