BERITA SEMASAPOLITIK

Dakwaan salah laku lebih dari kes Najib Razak terlalu ‘overkill’ – Rafizi Ramli

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menyifatkan dakwaan salah laku melibatkan jumlah kontrak RM3.6 bilion yang dikaitkan dengannya sebagai terlalu ‘overkill’ dan sengaja diperbesarkan bagi membentuk persepsi negatif terhadap dirinya.

Beliau menegaskan tidak terlibat dalam sebarang salah laku seperti yang didakwa, walaupun namanya dikaitkan dengan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menerusi hantaran video di laman medianya, Ahli Parlimen Pandan itu menjelaskan bahawa tuduhan berkenaan sebagai satu bentuk ‘fitnah’ kerana jumlah RM3.6 bilion yang dikaitkan dengannya jauh lebih besar daripada jumlah RM2.3 bilion yang dikaitkan dengan bekas Datuk Seri Najib Razak dalam kes 1MDB.

Katanya, bahawa perkara yang disiasat sebenarnya melibatkan dua isu berasingan yang cuba dikaitkan dengannya, namun tiada bukti fizikal atau transaksi kewangan yang menunjukkan penglibatannya.

“Tidak ada rampasan ratusan juta atau jongkong emas. Tidak ada bukti ratusan juta dalam akaun saya. Malah satu bukti pun tidak ada, tetapi beriya-iya dijaja jadi bahan berita,” katanya.

Menurut beliau, satu kertas siasatan dibuka bagi meneliti dakwaan bahawa perjanjian kerajaan dengan syarikat cip semikonduktor antarabangsa, Arm Holdings dibuat secara tergesa-gesa sehingga didakwa merugikan negara, sekali gus dikaitkan dengan angka RM1.1 bilion.

Mengulas isu kedua, Rafizi berkata ia membabitkan projek solar berskala 750 megawatt (MW) oleh UEM Lestra yang menurutnya merupakan projek swasta dan tidak berada di bawah kementeriannya ketika itu.

Beliau turut menafikan tuduhan bahawa beliau menganugerahkan kontrak kepada syarikat yang kononnya mempunyai kaitan dengannya, dakwaan yang didakwa telah dijaja oleh Caprice sebelum diulang pihak lain sehingga membentuk persepsi kononnya beliau terbabit dalam kes rasuah RM2.5 bilion.

Rafizi menegaskan kedua-dua isu tersebut timbul hampir serentak dalam tempoh kurang seminggu dan menyifatkannya sebagai cubaan mencetuskan persepsi buruk terhadap beliau tanpa sandaran bukti kukuh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button