BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Lima direman kes rasuah pegawai kanan TLDM

KUALA LUMPUR – Seramai lima individu ditahan dan direman bagi membantu siasatan kes rasuah yang dikaitkan dengan pelantikan sebuah syarikat dipercayai kroni kepada seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Perintah reman terhadap kesemua suspek dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Seorang daripada mereka direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 30 Januari, manakala empat lagi individu direman selama tiga hari bermula semalam, 27 Januari hingga 29 Januari ini.

Menurut sumber, individu yang ditahan terdiri daripada pengarah, pengurus serta pemilik syarikat yang disyaki mempunyai kaitan dengan syarikat kroni terbabit.

“Mereka dipercayai terlibat dalam urusan perolehan di TLDM Lumut yang dikatakan memihak kepada syarikat berkepentingan tertentu,” katanya kepada Malaysia Tribune.

Dalam perkembangan sama, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Saiful Ezral Arifin mengesahkan penahanan serta perintah reman berkenaan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai butiran kes, sebaliknya menegaskan siasatan dijalankan secara profesional dan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button