BERITA SEMASA

837 projek pembangunan semula sekolah daif siap sepenuhnya

KUALA LUMPUR – Sebanyak 837 daripada 1,275 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif di seluruh negara yang diluluskan sejak 2016 hingga Oktober 2026 berjaya disiapkan sepenuhnya.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, jumlah itu merangkumi 65.6 peratus daripada keseluruhan projek yang diluluskan dalam tempoh 10 tahun berkenaan.

“Daripada projek yang siap, sebanyak 296 dilaksanakan di Sarawak, diikuti Semenanjung Malaysia (290) dan Sabah (251),” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

KPM berkata, daripada keseluruhan 1,275 projek yang diluluskan, sebanyak 430 membabitkan sekolah di Semenanjung Malaysia, Sarawak (429) dan Sabah (416).

Kementerian itu menegaskan komitmen untuk terus memperkasa infrastruktur pendidikan menerusi pembangunan semula bangunan sekolah daif bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif demi kesejahteraan warga sekolah.

Poster Kementerian Pendidikan Malaysia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button