JENAYAH & MAHKAMAH

Tiga maut dipercayai disambar petir di Salak Tinggi

SEPANG – Dua lelaki dan seorang remaja warga tempatan maut dipercayai akibat disambar petir di Bandar Baru Salak Tinggi, dekat sini hari ini.
Ketua Polis Sepang, ACP Norhizam Bahaman berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa yang berusia di antara 16 hingga 26 tahun sedang berteduh di bawah pokok di kawasan berkenaan.
“Ketika kejadian, kesemua mangsa sedang berteduh di bawah pkok selepas membaiki sebuah kenderaan di kawasan berkenaan.
“Jasad mangsa kemudiannya dihantar ke Hopital Serdang bagi proses berikutnya,’ katanya ringaks ketika dihubungi, sebentar tadi.
Terdahulu, tular di media sosial, video dan gambar di lokasi kejadian yang menunjukkan tiga mangsa sedang terbaring di bawah pokok dipercayai akibat disambar petir

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button