BERITA SEMASA

Bapa, anak perempuan maut kenderaan terjunam gaung di Segamat

SEGAMAT – Dua beranak maut manakala empat lagi cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka sekeluarga terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Kampung Kwongsai, Jalan Segamat-Labis, semalam.

Mangsa yang disahkan meninggal dunia ialah Mohd Fitri Md Said, 39, dan anak perempuannya Nurin Insyirah, 9.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat, Pegawai Bomba Kanan II Zainal Abidin Che Deraman, kejadian berlaku pada pukul 6.47 petang.

“Kami menerima panggilan kecemasan berhubung insiden membabitkan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux yang dipercayai terbabas dan terjunam ke dalam gaung.

“Sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama tujuh anggota dikejarkan ke lokasi, kira-kira sembilan kilometer dari balai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setibanya di lokasi, pihak bomba mendapati dua mangsa tersepit di bawah kenderaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan.

Tiga lagi anak pasangan itu, Muhammad Zikri, 11; Nur Hisna, 4; dan Nur Atiya, 2 serta isteri mangsa Nurain Farhana Johari, 32 mengalami kecederaan namun berjaya keluar sendiri dari kenderaan.

Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Mayat dua beranak tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button