BERITA SEMASA

Dakwaan bekas menteri kanan terlibat projek tenaga baharu wajar disiasat

PUTRAJAYA – Dakwaan penglibatan seorang bekas menteri kanan dalam projek tenaga boleh baharu di bawah inisiatif Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) wajar disiasat bagi memelihara integriti kerajaan serta keyakinan rakyat.

Dakwa individu, Mohd Zaidi Amin, seorang bekas menteri kanan telah melancarkan NETR yang memperkenalkan beberapa projek pemangkin berskala besar dan laporan media turut menyebut penglibatan beberapa syarikat dalam projek solar hibrid berskala besar yang dikaitkan dengan dasar peralihan tenaga negara.

“Berdasarkan carian rasmi di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bertarikh 13 Julai 2019, bekas menteri itu merupakan salah seorang pemegang saham utama syarikat terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir membuat laporan dan menyerahkan dokumen berkaitan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini hari ini.

Mohd Zaidi berkata, SPRM juga dituntut untuk menyiasat sama ada terdapat unsur salah guna kuasa, pengaruh atau rasuah mahupun pemberian projek secara terus kepada mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan peribadi.

Jelasnya, tindakannya dibuat atas dasar kepentingan awam serta prinsip ketelusan dan akauntabiliti dalam tadbir urus negara.

“Ia bukan untuk mensabitkan mana-mana pihak, sebaliknya memastikan satu siasatan profesional, bebas dan menyeluruh dapat dijalankan oleh pihak berkuasa demi memelihara integriti kerajaan serta keyakinan rakyat.

“Saya percaya ketelusan tadbir urus yang baik serta pengurusan konflik kepentingan yang jelas adalah asas penting dalam memastikan kejayaan agenda peralihan tenaga negara dan mengelakkan sebarang persepsi negatif terhadap pentadbiran kerajaan,” tegas beliau.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button