Siasatan pelaburan RM1.1 bilion: SPRM selesai ambil keterangan Rafizi
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai merakam keterangan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berhubung siasatan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan melibatkan urusan pelaburan semikonduktor bernilai RM1.1 bilion.
Siasatan itu membabitkan urusan pelaburan antara Kementerian Ekonomi dan syarikat ARM Limited UK menerusi perjanjian kerjasama strategik dalam industri semikonduktor.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Mohd Hafaz Nazar berkata, sesi rakaman percakapan yang berlangsung semalam merupakan hari keempat dan terakhir melibatkan bekas Menteri Ekonomi itu.
“Sesi rakaman percakapan Rafizi yang bermula pukul 10 pagi berakhir kira-kira pukul 4.30 petang,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Ahli Parlimen Pandan itu hadir ke Ibupejabat SPRM sejak Isnin lalu untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan sri Azam Baki mencadangkan pertuduhan terhadap dua individu berhubung siasatan membabitkan urus niaga pelaburan itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








