Polis jejak nombor telefon ugut isteri Rafizi
KUALA LUMPUR – Polis giat mengesan pemilik nombor telefon yang menghantar mesej ugutan kepada isteri bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, susulan insiden anak lelaki beliau yang diserang di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, kelmarin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi mengenal pasti individu yang menghantar ugutan tersebut.
Beliau memaklumkan, isteri Ahli Parlimen Pandan itu telah tampil membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.
“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan. Kita juga sudah merakam keterangan doktor yang merawat anaknya bagi membantu siasatan,” katanya memetik laporan Buletin TV3.
Terdahulu, Rafizi tidak menolak kemungkinan serangan terhadap anaknya mempunyai kaitan dengan pertemuan beliau bersama sekumpulan pendedah maklumat atau whistleblower berhubung satu skandal, minggu lalu.
Menurut beliau, tindakan itu dilihat sebagai cubaan untuk menutup mulutnya daripada mendedahkan isu terbabit.
Semalam, media melaporkan polis telah merakam keterangan enam individu bagi membantu siasatan kes tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







