JENAYAH & MAHKAMAH

Kertas siasatan bekas wartawan FMT, China Press akan diserah ke AGC dalam masa terdekat

GOMBAK – Kertas siasatan berhubung bekas wartawan portal berita Free Malaysia Today (FMT), Rex Tan serta akhbar berbahasa Cina, China Press akan diserahkan kepada Jagabtan Peguam Negara (AGC) dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negara, Datuk Sri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya sudah melengkapkan kedua-dua kertas siasatan berkenaan.

Tambahnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

“Bagi kes membabitkan Rex Tan, seramai empat hingga lima orang saksi sudah diambil keterangan dan perkara ini (siasatan) dapat kita selesaikan dengan baik.

“Kita cuma menunggu kertas siasatan (lengkap) untuk diserahkan kepada pihak AGC bagi arahan lanjut,” katanya dalam sidang media selepas Program Community Policing di Kuil Sri Subramaniar Swamy Batu Caves, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar dan Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar.

Sementara itu, siasatan terhadap dua pegawai kanan akhbar China Press berhubung hantaran Facebook yang didakwa memaparkan penterjemahan salah titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim semasa Istiadat Pembukaan Parlimen, Mohd Khalid berkata, siasatan sudah selesai.

“Sebenarnya banyak isu yang berkaitan dengan perkauman, agama, hasutan dan sebagainya memang berterusan.

“Jadi banyak isu yang kita sedang teliti dan kita akan ambil tindakan berperingkat.

“Kita juga melihat bagaimana mengatasi masalah itu memandangkan media sosial ini terbuka, semua boleh buat komen sehingga satu tahap mereka melangkaui undang-undang,” katanya lagi.

Katanya, polis sentiasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyalahi undang-undang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button