Terperangkap komplot pemerasan isteri orang, lelaki cedera diserang guna parang
GEORGE TOWN – Seorang lelaki berusia 57 tahun cedera selepas diserang menggunakan parang dan dipukul dua individu sebelum kereta dipandunya terbabas di Jalan Pangkor di sini, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asistan Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada komplot pemerasan yang dirancang seorang wanita bersama suami dan saudaranya.
Menurutnya, mangsa yang juga lelaki warga tempatan dikatakan baru menjemput seorang wanita berusia 39 tahun yang dikenalinya menerusi aplikasi WhatsApp di Flat Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis sebelum diserang.
Mangsa kemudian dikejar dua individu terbabit sehingga kereta dipandunya terbabas dan melanggar tembok di persimpangan Jalan Pangkor.
“Susulan itu, polis berjaya menahan wanita terbabit bersama suaminya yang berusia 30 tahun bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, Abdul Rozak berkata, seorang lagi suspek lelaki warga tempatan berusia 26 tahun masih bebas dan sedang diburu polis.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Kedua-dua suspek yang ditahan direman selama tiga hari bermula 5 hingga 7 November bagi membantu siasatan lanjut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








