Guru wanita, anak ditemukan mati dalam rumah
MELAKA – Seorang guru wanita berusia lingkungan 50-an dan anak sulungnya berusia 21 tahun ditemukan mati berlumuran darah di sebuah rumah di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, di sini pagi tadi.
Kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu disedari orang awam yang melihat seorang lelaki terbaring berlumuran darah di atas jalan di hadapan rumah tempat kejadian sebelum menghubungi pihak polis.
Anggota dari Balai Polis Batang 3 yang digerakkan ke lokasi kemudiannya menemui seorang lelaki dalam keadaan cedera terbaring di hadapan rumah berkenaan.
Pemeriksaan lanjut ke atas tempat kejadian menemukan dua lagi mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di dalam rumah berkenaan.
Pasukan perubatan Hospital Melaka yang tiba di lokasi kemudian mengesahkan kedua-dua mangsa berkenaan sudah meninggal dunia.
Difahamkan, ketika ini pasukan forensik polis masih berada dilokasi diketuai Timbalan Ketua Polis Melaka Senior Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Melaka, Asisten Komisioner Leow Kian Heong.
Difahamkan juga, wanita yang maut adalah seorang guru dan ibu tunggal.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







