LUAR NEGARA

Penduduk Oleshky makan tumbuhan liar akibat krisis makanan

KYIV – Penduduk di Oleshky, wilayah Kherson yang kini berada di bawah pendudukan Rusia, dilaporkan terpaksa memakan tumbuhan liar bagi meneruskan kelangsungan hidup susulan bekalan makanan yang terputus sejak beberapa bulan lalu.

Menurut laporan BBC, penduduk yang masih terperangkap di bandar itu berdepan kekurangan makanan dan air sehingga ada yang terpaksa mengambil lalang sebagai sumber makanan.

Laporan Deutsche Welle (DW) pula menyebut bekalan makanan ke Oleshky terputus sejak Mei lalu, manakala usaha untuk mewujudkan laluan pemindahan kemanusiaan bagi membawa keluar penduduk masih belum berhasil.

Penduduk dilaporkan terpaksa berjimat dengan makanan yang masih ada, termasuk menyediakan sup menggunakan lebihan sayur-sayuran.

Harga makanan yang masih terdapat di pasaran juga melonjak akibat kekurangan bekalan. Begitu juga dengan
kesukaran mendapatkan rawatan perubatan dan bekalan asas lain.

Menurut laporan terkini, kira-kira 2,000 penduduk masih berada di Oleshky.

Sementara itu, laporan berkaitan keadaan di bandar tersebut menyebut penduduk terpaksa berjalan atau berbasikal ke kawasan lain bagi mendapatkan makanan, namun perjalanan berisiko kerana terdapat laluan yang dipercayai dipenuhi periuk api serta ancaman serangan dron.

Keadaan itu mencetuskan kebimbangan terhadap krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Oleshky, dengan pihak Ukraine terus menggesa pembukaan koridor kemanusiaan bagi membolehkan penduduk dipindahkan dan bantuan makanan serta perubatan disalurkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button