Pemantau PBB isytihar Gaza dilanda kebuluran
ROM – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara rasmi mengisytiharkan kebuluran berlaku di Gaza, semalam.
Pengisytiharan itu dibuat ketika pakar-pakar memberi amaran, 500,000 penduduk Palestin kini berdepan bencana kelaparan, lapor Reuters.
“Ini adalah kebuluran, kebuluran Gaza,” kata Penyelaras Bantuan kecemasan PBB, Tom Fletcher selepas panel Pengelasan Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) mengesahkan kebuluran berlaku di Gaza City dan kawasan sekitarnya.
Fletcher turut menyalahkan Israel sebagai punca kebuluran tersebut berlaku kerana rejim tersebut dengan sistematik sering menghalang penghantaran bantuan ke wilayah Palestin yang dilanda perang sejak 7 Oktober 2023.
Pengumuman kebuluran itu dibuat oleh IPC iaitu gabungan pemantau yang ditugaskan oleh PBB, untuk memberi amaran tentang krisis yang bakal berlaku.
IPC mentakrifkan kebuluran sebagai keadaan apabila 20 peratus isi rumah mengalami kekurangan makanan akut.
Klasifikasi itu juga berdasarkan 30 peratus kanak-kanak bawah umur lima tahun di Gaza mengalami kekurangan zat makanan akut dan sekurang-kurangnya 2 dalam setiap 10,000 orang mati setiap hari akibat kebuluran.
IPC yang berpusat di Rom berkata: “Lebih setengah juta orang di Semenanjung Gaza menghadapi bencana bercirikan kelaparan, penderitaan dan kematian,”.
IPC turut menjangkakan kebuluran akan merebak ke Deir el-Balah dan Khan Younis di selatan Gaza menjelang akhir bulan depan, dengan jumlah mereka yang terjejas meningkat kepada 641,000 orang.
Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengecam laporan disokong PBB itu sebagai pembohongan, manakala kementerian luarnya menegaskan: “Tiada kebuluran di Gaza.”
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








