
Bantuan payung terjun : AS enggan bertanggungjawab kematian 5 rakyat Palestin
ISTANBUL – Amerika Syarikat tidak mahu bertanggungjawab ke atas insiden kematian lima penduduk Palestin yang didakwa ditimpa kotak bantuan yang diturunkan dari kapal terbang di Barat Laut Gaza, kelmarin.
Kejadian dikatakan berlaku apabila payung terjun yang dipasang pada kotak bekalan bantuan berkenaan gagal berfungsi dan menimpa orang awam.
Komando Pusat Amerika Syarikat (Centcom) dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya bersimpati dengan kejadian itu namun enggan mengaku bertanggungjawab atas insiden itu.
“Kamu sedar perkara ini ada berlaku tapi ia bukan disebabkan oleh bantuan yang dijatuhkan oleh pihak kami,” menurut kenyataan itu.
Perkhidmatan Pertahanan Awam Palestin kelmarin melaporkan lima orang awam maut dan beberapa lagi cedera selepas dihempap peti bantuan payung terjun yang tidak berfungsi.
Kejadian berlaku berhampiran kem pelarian di pantai al-Shati, iaitu kawasan paling teruk dimusnahkan oleh tentara Israel.
Selain Amerika Syarikat, Jordan dengan kerjasama lima lagi negara terlibat dalam pengguguran bantuan udara di Palestin.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








