JENAYAH & MAHKAMAH

Penganggur serah diri selepas tikam isteri enam kali, direman tujuh hari

KOTA BHARU – Seorang penganggur menyerah diri kepada polis selepas dipercayai menikam isterinya sebanyak enam kali dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Padang Lepai, Kadok, di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, mangsa yang juga seorang jururawat berusia 44 tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan leher.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Damiri berkata, suspek berusia 47 tahun ditahan selepas hadir menyerah diri kepada polis tidak lama selepas kejadian.

Menurutnya, polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan.

BACA JUGA:
Jururawat parah ditikam suami enam kali di badan, leher

“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian. Suspek kini direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.

Beliau berkata, mangsa kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) akibat kecederaan yang dialaminya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata berbahaya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button