JENAYAH & MAHKAMAH

Pelajar kolej maut dengan 61 tikaman: Empat suspek termasuk warga emas dibawa ke mahkamah untuk reman

KOTA BHARU – Empat suspek termasuk dua warga emas yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang penuntut kolej wanita dengan 61 kesan tikaman tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu, pagi ini untuk permohonan reman.

Kesemua suspek terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 19 hingga 66 tahun itu tiba kira-kira pukul 8.40 pagi bagi membolehkan polis mendapatkan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mereka ditahan antara pukul 4 petang semalam hingga awal pagi tadi menerusi serbuan di dua lokasi berasingan iaitu di Taman Murni dan Kampung Belukar Luas, Ketereh.

mangsa
Keadaan di lokasi kejadian ketika jasad mangsa ditemukan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya turut merampas dua buah kereta, satu set pakaian, selipar, empat unit pelapik kaki serta sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

BACA JUGA:

Jasad wanita ditinggal tepi jalan ada 61 kesan tikaman – Polis

Mangsa dengan 61 kesan tikaman dipercayai penuntut kolej dari Perak

Menurut beliau, semua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil ujian air kencing mendapati mereka negatif dadah.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian pelajar wanita sebuah kolej, Nurfisya Zulkifly, 19, dari Enggor, Perak adalah akibat kecederaan tikaman berganda di bahagian dada,” katanya memetik laporan Buletin TV3.

Terdahulu, mayat mangsa ditemukan di Jalan Kampung Kubang Kiat, Ketereh kelmarin dengan 61 kesan tikaman pada seluruh anggota badan.

Mangsa ditemukan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, namun identitinya berjaya dikenal pasti melalui semakan cap jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Polis percaya mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button