Suami disyaki bunuh isteri hamil dengan lesung batu direman enam hari
KOTA TINGGI – Seorang lelaki yang disyaki membunuh isterinya yang sedang hamil tujuh bulan menggunakan batu lesung di rumah sewa mereka di Kampung Makam, dekat sini direman enam hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Perintah reman sehingga 19 Februari itu dikeluarkan Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar di Mahkamah Majistret Kota Tinggi hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Suspek berusia 35 tahun yang merupakan etnik Rohingya dilihat tenang ketika tiba di mahkamah kira-kira pukul 10.10 pagi dengan memakai pakaian lokap dan diiringi anggota polis.
Terdahulu media melaporkan, mangsa berusia 34 tahun ditemui tidak bernyawa di dalam bilik rumah sewa mereka kira-kira pukul 7 pagi oleh tuan rumah.
BACA JUGA:
Wanita sarat mengandung maut dipercayai dihentak suami guna lesung batu
Wanita itu dipercayai dibunuh sekitar pukul 3 pagi dalam kejadian menyayat hati tersebut.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Yusof Othman berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan motif kejadian berpunca daripada cemburu.
Menurutnya, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 7.42 pagi sebelum berjaya menahan suspek kira-kira 30 minit kemudian di sekitar lokasi kejadian.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








