
Datuk dan nenek Zayn Rayyan dibebaskan dengan jaminan polis
PETALING JAYA – Datuk dan nenek kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin akan dibebaskan dengan jaminan polis, petang ini selepas ditahan semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar mengesahkan perkara berkenaan ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.
“Mereka hanya ditahan 24 jam untuk diambil keterangan dan akan dibebaskan hari ini.
“Pembebasan hanya akan dibuat di IPD Petaling Jaya dan tidak akan dibawa ke mahkamah (untuk reman),” katanya.
Dalam pada itu, peguam mewakili mereka, Fahmi Abd Moin berkata pasangan suami isteri itu masih berada di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk dirakam keterangan.
“Lebih daripada itu saya tak tahu. Mereka telah diambil keterangan dari semalam, tengah malam, pagi. Polis sedang ambil keterangan lagi hari ini.
“Sepatutnya hari ini ada reman tapi saya difahamkan memang tak ada dan akan dilepaskan petang ini,” katanya ketika ditemui pengamal media di perkarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, hari ini.
Semalam, media melaporkan pasangan suami isteri berusia 56 tahun itu ditahan anggota D9 Ibu Pejabat Polis Selangor pada pukul 2.30 petang.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan bahawa tujuan penahanan adalah bagi membantu siasatan pembunuhan Zayn Rayyan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








