PKNS nafi rugi RM103.69 juta, tanggung hutang RM6.1 bilion
SHAH ALAM – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menegaskan kedudukan kewangannya kekal kukuh dan terkawal, sekali gus menafikan dakwaan bahawa perbadanan itu mengalami kerugian RM103.69 juta serta menanggung hutang sehingga RM6.1 bilion.
PKNS dalam kenyataan hari ini memaklumkan, dakwaan yang cuba menggambarkan perbadanan itu seolah-olah berdepan masalah kewangan serius adalah tidak tepat dan mengelirukan.
“Ia juga tidak mencerminkan kedudukan kewangan PKNS secara menyeluruh.
“Penilaian bebas RAM Ratings mengesahkan kedudukan kewangan PKNS kekal kukuh dan terkawal. Malah, RAM Ratings masih mengekalkan penarafan AA1/Stable/P1 kepada PKNS,” menurut perbadanan itu menerusi satu kenyataan hari ini.
Menurut PKNS, tindakan memetik angka kerugian dan jumlah hutang secara terasing tanpa menjelaskan struktur pembiayaan serta kedudukan kewangan secara keseluruhan hanya mencetuskan persepsi yang tidak mencerminkan fakta dan keadaan sebenar perbadanan itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







