Anwar junjung kasih Agong, Raja Permaisuri atas ingatan sempena ulang tahun kelahiran
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan dan menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah atas kurniaan serta ingatan sempena ulang tahun kelahirannya.
Dalam hantaran di Facebook hari ini, Anwar merakamkan penghargaan atas doa yang dititipkan buat kesembuhan dan keafiatan beliau.
“Menjunjung kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong atas kurniaan dan ingatan sempena ulang tahun kelahiran, serta doa buat kesembuhan dan keafiatan saya.
“Dirgahayu Tuanku!” katanya.
Terdahulu, Anwar menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan dan dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.
Beliau sebelum ini turut menerima ucapan dan doa daripada pelbagai pihak sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-79 semalam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








