PM ucap takziah, jamin hubungan Malaysia-Iran diperkukuh
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan hubungan Malaysia-Iran akan diteruskan sebagai rakan strategik atas semangat hubungan politik dan ekonomi yang terjalin sebelum ini.
Anwar berkata, Malaysia akan meneruskan komitmen yang terjalin dengan Iran di bawah kepimpinan Presiden interim Republik Islam Iran, Mohamad Mokhber.
Jaminan itu disuarakan beliau susulan kematian Presiden Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter yang turut mengorbankan Menteri Luar, Hossein Amir Abdollahian kelmarin.
Anwar berkata, beliau telah merakamkan ucapan takziah di atas pemergian dan tragedi yang memilukan itu.
“Saya memaklumkan bahawa Malaysia akan menghantar seorang menteri kanan (Mohamad Sabu) ke Iran untuk menghadiri majlis pengebumian almarhum Presiden Raisi.
“Saya juga sempat mengimbau pertemuan sebanyak dua kali dengan almarhum Presiden Ebrahim Raisi dan Hossein Amir-Abdollahian pada tahun lepas di New York dan Riyadh,” katanya memetik ucapan takziah yang disampaikan kepada Mokhber.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








