[VIDEO] SPRM lumpuhkan sindiket import ayam sejuk beku haram di Sabah
Sindiket dipercayai rasuah pegawai pihak berkuasa
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya melumpuhkan satu sindiket import ayam sejuk beku secara tidak sah di Sabah yang dipercayai merasuah pegawai pihak berkuasa di sebuah pelabuhan di negeri berkenaan.
Menurut sumber, dalam operasi “Op Chick” yang dilaksanakan oleh Bahagian Perisikan SPRM dengan kerjasama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), pagi tadi, sebanyak 10 kontena ayam sejuk beku yang diimport dari China secara tidak sah berjaya disita.
@malaysiatribune SPRM lumpuhkan sindiket import ayam sejuk beku haram di Sabah SPRM berjaya melumpuhkan satu sindiket import ayam sejuk beku secara tidak sah di Sabah yang dipercayai merasuah pegawai pihak berkuasa di sebuah pelabuhan di negeri berkenaan. Menurut sumber, dalam operasi “Op Chick” yang dilaksanakan oleh Bahagian Perisikan SPRM dengan kerjasama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), pagi tadi, sebanyak 10 kontena ayam sejuk beku yang diimport dari China secara tidak sah berjaya disita. #malaysiatribune
“Bardasarkan siasatan awal, kontena-kontena yang berisi ayam sejuk beku berkenaan telah diisytihar secara tidak benar dan tidak melalui proses pemeriksaan yang ditetapkan.
“Susulan operasi ini, SPRM menahan tiga lelaki lingkungan usia 30-an hingga 50-an yang berperanan sebagai ejen penghantaran dan pengurus syarikat. SPRM juga kini sedang mengenal pasti individu-individu yang terlibat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Sri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan mengenai operasi dan tangkapan berkenaan serta berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009.
Katanya, ketiga-tiga suspek akan di bawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu untuk proses permohonan reman bagi membantu siasatan, esok.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








