BERITA SEMASA

Wanita dikaitkan dengan Albert Tei diminta hadir ke SPRM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta seorang wanita yang dikaitkan dalam sebuah klip video melibatkan perbualan bersama ahli perniagaan, Albert Tei untuk hadir ke pejabat SPRM bagi memberi keterangan.

Menurut SPRM, kehadiran wanita itu amat penting bagi membantu siasatan kes yang melibatkan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri.

“SPRM kini sedang berusaha mengesan wanita berkenaan dan meminta agar individu ini dapat hadir ke pejabat SPRM pada 1 Disember ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, SPRM juga telah menghubungi Albert Tei dan meminta individu ini hadir ke pejabat SPRM pada tarikh yang sama.

“SPRM ingin mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini dan memberi ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan secara bebas dan menyeluruh,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button