JENAYAH & MAHKAMAH

4 pegawai bekas PM ke-9 ditahan SPRM

KUALA LUMPUR – Empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Memetik laporan BH Online yang memetik sumber SPRM, SPRM sudah mendapatkan perintah reman ke atas mereka di Mahkamah Putrajaya semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula Jumaat lalu untuk tiga individu, manakala seorang lagi direman tiga hari dan dibebaskan hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan perkara ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 16a Akta SPRM.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button