JENAYAH & MAHKAMAH

Wanita didakwa tipu wang kutu RM1.7 juta, polis terima 35 laporan

JITRA – Polis menerima sebanyak 35 laporan terhadap seorang wanita yang didakwa menipu wang permainan kutu membabitkan kerugian keseluruhan RM1.7 juta.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Radzi Abdul Rahim berkata, laporan berkenaan dibuat oleh mangsa berusia antara 23 hingga 53 tahun.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Laporan media sebelum ini menyebut, tempoh reman pasangan suami isteri berusia 39 dan 36 tahun disambung dua hari lagi bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan tersebut.

Pasangan terbabit sebelum ini direman selama empat hari bermula 6 Ogos lalu selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu kira-kira pukul 1.50 pagi, Khamis lalu.

Sebelum itu, pasangan tersebut dilaporkan hilang bersama anak lelaki mereka yang berusia sembilan tahun oleh ahli keluarga pada 20 Julai lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button