JENAYAH & MAHKAMAH

SPRM tahan ketua polis daerah disyaki lindungi aktiviti pusat hiburan, urut

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) difahamkan menahan seorang ketua polis daerah di Pahang kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi aktiviti pusat hiburan dan pusat urut di sekitar daerah kawalannya.

Laporan portal FMT yang memetik sumber berkata, pegawai kanan polis berusia 53 tahun itu ditahan petang tadi kerana disyaki menerima rasuah berjumlah anggaran lebih RM1 juta sejak 2017 hingga 2022.

“Bayaran rasuah ini disyaki bagi melindungi pusat-pusat hiburan dan pusat-pusat urut yang tidak berlesen daripada sebarang tindakan dan gangguan pihak berkuasa,” kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Amin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tetapi enggan mengulas lanjut.

Katanya, siasatan dijalankan dibawah seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button