DALAM NEGERIJENAYAH & MAHKAMAH

Polis buru 4 suspek curi tabung masjid di Shah Alam

SHAH ALAM – Polis sedang giat mengesan sekumpulan empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian mencuri tabung di Masjid Seksyen 7, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, kejadian dipercayai berlaku pukul 4 pagi semalam dengan kesemua suspek disyaki warga tempatan yang menaiki sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza berwarna perak.

“Satu laporan polis berhubung kejadian itu diterima kira-kira pukul 10.36 pagi semalam daripada seorang saksi lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di masjid berkenaan.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati masjid tersebut dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dan pihak polis akan mendapatkan rakaman daripada pengurusan masjid bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, usaha mengesan dan mengenal pasti kesemua suspek sedang giat dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Minazuddin Md Noor di talian 013-2236697 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di talian 03-55202222 bagi membantu siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button