BERITA SEMASA

Pegawai kanan kementerian direhatkan susulan tuduhan salah laku

PUTRAJAYA – Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan serta-merta berikutan satu tuduhan salah laku ke atasnya.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, tindakan itu bagi membolehkan siasatan terhadap dakwaan salah laku tersebut dimulakan .

Katanya, sekiranya pegawai terbabit didapati bersalah, tindakan tatatertib akan diambil selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Saya mengambil maklum berkenaan satu kes tuduhan salah laku melibatkan pegawai kanan di sebuah kementerian.

“Oleh yang demikian, pegawai (berkenaan) akan direhatkan serta-merta sementara siasatan salah laku dimulakan segera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shamsul Azri turut menegaskan, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran tatakelola atau salah laku membabitkan pegawai awam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button