JENAYAH & MAHKAMAH

Bunuh wanita warga asing, dua suspek direman seminggu

JOHOR BAHRU – Dua suspek kejadian pembunuhan seorang wanita warga asing di sebuah rumah di Taman Ungku Tun Aminah (TUTA), di sini awal pagi kelmarin direman selama seminggu bagi membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, perintah reman sehingga 31 Disember itu dikeluarkan Majistret, Nurkhalida Farhana Abu Bakar, semalam.

Katanya, kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh.

“Berdasarkan siasatan yang dilakukan kedua-dua suspek yang juga warga asing, terdiri daripada seorang wanita berusia 41 tahun dan seorang lelaki berusia 24 tahun tinggal serumah dengan mangsa.

“Selain itu, suspek lelaki juga merupakan adik kepada mangsa. Polis turut merampas senjata pisau yang disyaki digunakan bagi membunuh wanita berkenaan di kediaman itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, dua warga asing dilaporkan disyaki terbabit dalam pembunuhan seorang wanita warga asing di sebuah rumah di TUTA awal pagi kelmarin berjaya ditahan kurang 24 jam selepas jenayah itu dilakukan.

Balveer Singh dilaporkan berkata, suspek ditahan di tempat pembuangan sampah di kawasan perumahan berkenaan kurang 24 jam selepas polis menerima aduan kes pembunuhan berkenaan.

“Pada jam 4.35 pagi Ahad, satu laporan daripada orang awam berkaitan kes bunuh seorang wanita warga asing berusia 41 tahun diterima pihak polis.

“Siasatan dilakukan mendapati kejadian berlaku sekitar jam 2.30 pagi. Mangsa disyaki telah ditikam dengan satu objek tajam.

“Bertindak atas maklumat berkenaan, pada jam 7.47 malam, dua suspek warga asing dipercayai terbabit dengan kes itu ditahan, turut dirampas sebilah pisau,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button