PM zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Mohd Eusoff Chin
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas Ketua Hakim Negara, Allahyarham Tun Mohd Eusoff Chin yang telah kembali ke Rahmatullah, awal pagi tadi.
Anwar dalam satu hantaran di media sosialnya berkata, Allahyarham telah mencurahkan khidmat yang besar kepada negara, khususnya dalam memperkukuh institusi kehakiman sepanjang perjalanan kerjayanya.
“Jasa dan sumbangan beliau akan terus dikenang.
“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya.
Allahyarham Mohd Eusoff yang berasal dari Batu Gajah, Perak berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara dari 25 September 1994 hingga 19 Disember 2000.
Beliau memulakan kerjaya sebagai guru pada 1955 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di London.
Allahyarham memperoleh kelayakan sebagai peguam daripada Lincoln’s Inn pada 1963 sebelum menyertai Perkhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








