BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

IJM sahkan pejabat dikunjungi pegawai SPRM, LHDN

KUALA LUMPUR – IJM Corporation Bhd mengesahkan pejabatnya dikunjungi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), hari ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, IJM berkata, kunjungan tersebut adalah bagi mendapatkan maklumat sebagai sebahagian daripada proses mereka.

IJM turut berkata, pihaknya akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa.

Tambahnya, syarikat komited untuk menegakkan piawaian tadbir urus korporat, ketelusan dan integriti yang kukuh.

“Kami ingin memberi jaminan kepada pihak pemegang taruh kami bahawa operasi perniagaan kami berjalan seperti biasa.

“Syarikat akan terus memantau perkembangan perkara ini dan akan membuat pendedahan tepat pada masanya sekiranya terdapat sebarang kemas kini penting,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button