[VIDEO] Polis sita RM7.1 juta susulan Op Coleoptera
Kesan 3 individu bantu siasatan kes
KUALA LUMPUR – Polis telah menyita kira-kira RM7.1 juta melibatkan wang tunai, barang kemas dan beberapa barangan susulan siasatan rampasan lebih tiga tan dadah bernilai RM240 juta dalam Op Coleoptera di Sabah, baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, sitaan tersebut dibuat hasil siasatan lanjut pihak polis terhadap 11 individu yang ditahan dalam operasi berkenaan.
@malaysiatribune Polis telah menyita kira-kira RM7.1 juta melibatkan wang tunai, barang kemas dan beberapa barangan susulan siasatan rampasan lebih tiga tan dadah bernilai RM240 juta dalam Op Coleoptera di Sabah, baru-baru ini. #malaysiatribune #beritasemasa #polis #sita #trendingnewsmalaysia
“Polis turut melanjutkan siasatan dari segi sitaan dan setakat ini kita telah menyita kira-kira RM7.1 juta melibatkan wang tunai, barang kemas serta beberapa barangan yang berkait dengan tangkapan.
“Sehingga kini, seramai 11 individu telah ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut,” katanya dalam sidang media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini hari ini.
Hussein menambah, pihaknya sedang mengesan tiga individu iaiu Ang Yue Suien, Yam Chee Feng dan Choy Weng Hong bagi membantu siasatan pengedaran dadah yang dipercayai terbesar dalam sejarah Sabah itu.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, rampasan itu dilakukan menerusi dua operasi bersepadu iaitu Op Coleoptera dan Op Bayu 2 yang dijalankan oleh JSJN Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sabah serta beberapa agensi penguatkuasaan lain.
Belai berkata, operasi berkenaan melibatkan beberapa serbuan di sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan Sepanggar di Sabah selain operasi susulan di Selangor hasil risikan yang dijalankan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















