Jasad dalam longkang dikenal pasti sebagai lelaki gelandangan
GEORGETOWN – Identiti jasad yang ditemukan dalam sebuah longkang di Jalan Kedah, di sini hari ini, dikenal pasti sebagai lelaki berusia 37 tahun.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake, siasatan mendapati, lelaki itu adalah gelandangan yang menginap di kawasan berhampiran.
“Terdahulu polis menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan daripada orang awam, pukul 9.26 pagi tadi.
“Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang sebuah premis di jalan berkenaan.
“Siasatan di lokasi mendapati mangsa merupakan warga tempatan dan beralamat di Kapar, Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Swee Sake seterusnya berkata, siasatan lanjut di tempat kejadian dan pada badan mangsa tidak menemukan sebarang unsur jenayah.
“Jasad mangsa sudah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi urusan bedah siasat.
“Kes ini diklasifikasi sebagai mati mengejut dan satu Laporan Mati Mengejut sudah dibuka bagi siasatan lanjut,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







