JENAYAH & MAHKAMAH

SPRM reman pengarah urusan syarikat bantu siasatan kelewatan agihan baja di Kedah

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah mereman seorang pengarah urusan syarikat pembekal baja berkaitan isu kelewatan pengagihan bekalan baja sebatian tambahan (Baja 3) kepada pesawah di Negeri Kedah.

Perintah reman selama empat hari sehingga 16 September 2026 terhadap suspek dikeluarkan Majistret Eliana Ismail selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira pukul 2.30 semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button