Tiga lelaki direman disyaki seleweng RM450,000 susulan Laporan RCI Tabung Haji
PUTRAJAYA – Tiga lelaki direman lima hari kerana disyaki bersubahat menyeleweng caj notis penalti kira-kira RM450,000 susulan siasatan khas terhadap laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.
Mereka ialah timbalan pengurus besar syarikat pembinaan, pengurus keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pengarah projek sebuah syarikat hartanah yang juga anak syarikat sebuah badan berkanun.
Perintah reman sehingga 9 Ogos itu dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah susulan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, di sini pagi tadi.
Menurut sumber, kesemua suspek berusia lingkungan 50-an itu ditahan pukul 6 petang semalam di ibu pejabat SPRM, di sini.
“Siasatan awal mendapati, ketiga-tiga suspek bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara 2017 hingga 2019,” kata sumber itu, hari ini.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






