Raja Muda Selangor terima menghadap Ketua Pesuruhjaya SPRM
KUALA LUMPUR – Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman di Istana Selangor, Bukit Kiara, di sini kelmarin
Dalam pertemuan berkenaan, Tengku Amir berkenan menerima sembah taklimat mengenai perkembangan terkini SPRM serta membincangkan pelbagai perkara termasuk inisiatif pencegahan rasuah yang dilaksanakan SPRM khususnya di negeri Selangor.
Abd Halim turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih atas perkenan Tengku Amir meluangkan masa menerima menghadap serta mendengar sembah taklimat berhubung peranan dan perkembangan semasa SPRM.
Beliau turut menjunjung kasih atas sokongan dan keprihatinan Tengku Amir terhadap usaha berterusan membanteras gejala rasuah demi memastikan tadbir urus yang telus, berintegriti serta berakauntabiliti.
Sesi menghadap berkenaan adalah sebahagian daripada agenda rasmi sempena pelantikan Abd Halim sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 13 Mei lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







