BERITA SEMASA

SPRM gantung pemakaian baju oren bagi OKS dibawa ke mahkamah

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke mahkamah bagi tujuan permohonan reman, berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, berkata langkah itu diambil susulan perkembangan terkini serta saranan semasa berkaitan tatacara pengendalian OKS, khususnya ketika proses membawa mereka ke mahkamah.

Menurutnya, OKS kini dibenarkan memakai pakaian biasa ketika dibawa ke mahkamah, manakala pemakaian baju lokap hanya terpakai sepanjang tempoh mereka berada dalam tahanan di lokap.

Beliau berkata, pemakaian gari pula bergantung kepada keadaan tertentu dan dikecualikan bagi OKS yang uzur, Orang Kurang Upaya (OKU), kanak-kanak serta warga emas.

“Bagaimanapun, SPRM akan terus mengambil langkah berjaga-jaga serta memastikan kawalan keselamatan dilaksanakan dengan sewajarnya dalam setiap proses pengendalian OKS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abd Halim berkata, SPRM kekal komited memastikan setiap tindakan dalam pengendalian OKS dilaksanakan secara profesional, berintegriti dan berhemah, selain selaras dengan peruntukan undang-undang serta prosedur yang ditetapkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button