BERITA SEMASA

Agong perkenan isytihar darurat di seluruh bahagian Serian akibat jerebu

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, memperkenankan pengisytiharan darurat di seluruh bahagian Serian, Sarawak berikutan keadaan jerebu yang mencapai tahap pencemaran udara membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira nasihat Perdana Menteri dan Premier Sarawak serta agensi-agensi berkaitan berhubung tahap kualiti udara di kawasan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, langkah-langkah perlu akan dilaksanakan dengan lebih berkesan bagi melindungi kesihatan dan kebajikan penduduk yang terjejas akibat keadaan jerebu tersebut.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan memastikan segala tindakan yang diperlukan dilaksana dengan segera,” menurut kenyataan itu.

Katanya, langkah berkenaan termasuk tindakan mitigasi serta penyampaian maklumat dan nasihat kesihatan kepada orang ramai bagi mengurangkan risiko akibat pencemaran udara.

Pada masa sama, kerajaan turut memberi jaminan bahawa perkembangan situasi akan dipantau secara berterusan dan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan keadaan semasa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button