Agong zahir ucapan tahniah kepada JDT
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kejayaan menjuarai Piala FA buat kali keempat berturut-turut.
Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada rakyat Johor serta penyokong setia skuad Harimau Selatan atas sokongan padu yang tidak pernah luntur sepanjang kempen kejohanan berprestij itu.

“Kejayaan ini diharap menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih cemerlang pada masa hadapan, selain memberi inspirasi kepada usaha memperkukuh pembangunan sukan bola sepak negara,” titah Baginda menerusi hantaran di Facebook.
Pada aksi final di Stadium Bukit Jalil malam tadi, JDT mempamerkan aksi luar biasa apabila menewaskan Sabah FC 5-0.
Gol pertama dijaringkan oleh Jonathan Silva seawal minit kelapan, diikuti gol kedua pada minit ke-19 hasil jaringan sendiri ketua pasukan Sabah FC, Rawilson Batuil dan gol ketiga oleh Jairo da Silva.
Pada babak kedua, JDT sekali lagi meledak dua gol masing-masing menerusi Oscar Aribas di minit ke-64 dan Manuel Hidalgo di akhir permainan sekali gus melenyapkan impian Sabah FC mengakhiri kemarau kemenangan sejak 30 tahun lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















