Sultan Ibrahim terima laporan terkini pembinaan Masjid Tunku Laksamana
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan dipersembahkan taklimat terkini mengenai laporan kemajuan kerja pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda telah menerima mengadap Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.
“Masjid berkenaan dibina hasil peninggalan wang anakanda Seri Paduka Baginda, Almarhum Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor yang mangkat pada 5 Disember 2015.
“Dibina di Jalan Kolam Air berhampiran Istana Bukit Serene, masjid itu mampu memuatkan hampir 1,000 jemaah,” tulis hantaran tersebut.
Hadir sama pada taklimat tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, Mohd Radzi Mohd Amin; Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Nasri Ali dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor, Ir Zainal Tumian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








