LUAR NEGARA

Komuniti Islam terkejut penemuan kepala babi di pintu masjid

PARIS – Komuniti Islam di ibu kota Perancis dikejutkan dengan penemuan sembilan kepala babi berlumuran darah di pintu masuk beberapa masjid sekitar Paris dan kawasan sekitarnya.

Perbuatan biadab apabila itu berlaku 9 Sept lalu, termasuk di Masjid Javel, hanya beberapa kilometer dari Menara Eiffel, yang menjadi tempat ibadat bagi komuniti Muslim berbilang latar belakang, Lubnan, Algeria, Iran dan lain-lain.

“Itu kali pertama perkara seperti ini berlaku di masjid kami. Jemaah benar-benar terkejut ketika datang untuk solat Subuh,” kata ketua masjid, Najat Benali, yang bergegas ke lokasi selepas dihubungi.

Siasatan awal polis mendapati, dua lelaki menaiki kenderaan bernombor pendaftaran Serbia membeli hampir 10 kepala babi daripada seorang penternak di wilayah Normandy sehari sebelumnya.

Rakaman CCTV menunjukkan mereka meletakkan kepala babi itu di hadapan sembilan masjid, sebelum melarikan diri ke Belgium sejurus selepas kejadian.

Jurucakap Polis Paris, Laurent Nunez, berkata insiden itu menyerupai beberapa serangan lalu yang dikaitkan dengan “campur tangan asing” bertujuan menimbulkan huru-hara.

Pendakwa Raya Paris, Laure Beccuau, pula menegaskan tindakan tersebut jelas berniat “menggugat rasa selamat, mengganggu keharmonian dan menimbulkan perpecahan antara komuniti”.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button